-lelaki vs perempuan-


entry kali ini bukanlah debat atau berbalas pantun atau pun berpidato
jauh sekali nak bandingkan kehebetan antara dua jantina ini
isu yang nak cik sakura ceritakan kali ini mengenai KERETA
apa kaitan lelaki dan perempuan dengan kereta


hmmm
selalunya lelaki memang sayang sangat dengan kereta yang diorang miliki
dan kadang kala lebih sayang dari isteri/teman istimewa
dan lebih sayang dari nyawa sendiri
sampaikan kereta pun boleh jadi 'bini' pada diorang
agaknya kalau boleh kahwin dengan kereta pun diorang sanggup kan
tapi cik sakura xkesah pun
itu hak masing2


sampai ada istilah perempuan macam kereta juga
kalau baru tu memang best bawak
tapi kalau dah lama tu macam2 hal jadi rosak sana sini
yeke macam tu
kaum ADAM tolong jawab ye bagi pihak HAWA
tapi itu pun bukan isu yang cik sakura nak utarakan disini
apa yang cik sakura nak bagitau yang bahawasanya kereta seseorang telah REMUK sebab kena langgar oleh tuan empunya kereta itu sendiri


beliau <ceh beliau>
terasa sedih macam orang hilang nyawa
duduk termenung depan kereta <dia yang cakap>
apa kaitan dengan cik sakura kan
ok dia nak bagitau cik sakura kot
tapi pernah tak dia terpikir macam mana remuknya hati seorang perempuan tu
confirm kalau kereta remuk kena ketuk balik pun mesti ada tinggal kesan
xpun kereta tu dah rasa xbest
macam tu la jugak dengan hati yang dah remuk dan terus tinggal kesan sampai sekarang
agaknya hati yang remuk ni xnampak macam kereta yang remuk tu kot
kereta remuk tahu plak dia nak sedih macam meratapi kematian je
tapi buat hati  remuk langsung xpernah rasa bersalah
xtahu la cik sakura nak cakap apa
tapi macam mana sedih bila kereta remuk tu lagi teruk rasanya bila hati yang dah remuk dan terus berkecai
xnak cakap apa2 dah


nak cakap 
kereta boleh tukar ganti tapi hati ini xboleh ditukar ganti
kereta boleh miliki banyak tapi hati hanya SATU
selamat malam..


No comments:

Post a Comment