-asal sunyi je skandal..alasan sebab SUNYI-


dalam perhubungan kepercayaan itu penting..kalau sebelah pihak tak mempercayai sebelah pihak lagi maknanya goyang la perhubungan itu..dan kalau dua-dua tidak mempercayai antara satu sama lain maknanya di sini tolong cepat2 cari jalan penyelesaian mahu pun jalan keluar..tapi kalau kepercayaan yang di beri itu dah di salah guna..hah sendiri mahu ingat..

cik sakura terpanggil untuk berdiskusi mengenai topik SKANDAL..macam2 jenis skandal ada..dengan pakwe orang, dengan makwe orang, dengan tunangan orang, dengan isteri orang, dengan laki orang, dengan bos sendiri, dengan setiausaha sendiri, dengan pensyarah, dengan pelajar dan lain-lain lagi..pendek kata maknanya kita membuat perhubungan lain di luar pengetahuan pasangan kita..maknanya tidak JUJUR..susah sangat ye nak jadi jujur..

perhubungan jarak jauh sering kali menjadi punca keretakkan sesebuah perhubungan yang dibina..bukan nak salahkan golongan lelaki mahu pun wanita sebab bagi cik sakura tak guna saling salah-menyalah antara satu sama sebab semua ini terletak pada hati masing-masing..kalau setianya kita pada pasangan kita maka perhubungan itu akan kekal bahagia walaupun jarak atau jurang untuk bersama terlalu jauh..dulu kan masa mula-mula bercinta lautan api pun sanggunp nak renang..so kena hadapi dugaan dengan tenang..walaupun ada godaan dari anasir-anasir yang tidak patut wujud..


asal jauh je mula sunyi..hello macam-macam aktiviti boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa sunyi..bukan asal sunyi je cari orang lain..kononnya dahaga kasih sayang..cuba letakkan diri itu kat tempat orang yang kita menipu..sah2 kita sakit hati kan..cuba kalau pasangan kita pun ada skandal dekat luar confirm jiwa kacau kan..so sebelum buat tu pikir la banyak kali apa jadi akibatnya..alasan sunyi tu dah 'familiar' di dengar untuk orang menjalinkan hubungan lain walaupun wujud istilah TEMAN TAPI MESRA atau pun RAPAT..owh please..serapat mana pun kita dengan pasangan yang berlainan jantina tu sedikit sebanyak akan timbul perasaan jugak..

alasan SUNYI tu memang tidak boleh diguna pakai untuk menjalinkan hubungan yang lain..kalau tak suka cakap tak suka kan senang..terlalu berahsia pun tidak elok jugak..takut pihak yang lagi satu akan terluka..cuba kalau diri sendiri terluka..menangis tak berlagu nanti..kalau sayangkan sesebuah perhubungan itu pikir la panjang2 jangan sesekali menggunakan alasan yang orang lain boleh menyampah mendengarnya..


No comments:

Post a Comment