-beratkah TERIMA KASIH itu-

betapa besarnya nilai TERIMA KASIH itu..kadang-kadang orang terlupa untuk mengucapkan kata azimat itu..atau terlalu berat mahu pun mungkin malu untuk menyebutnya..sedangkan terima kasih itu memberi satu nilai yang sungguh berharga..kenapa masih ada segelintir masyarakat yang amat payah atau sukar untuk menyebut terima kasih..

tahukah anda sekiranya orang memberi pertolongan kepada kita bukan wang atau harta yang mereka harapkan sebagai balasan..tapi kalau kita mengucapkan terima kasih itu sudah cukup buat mereka tersenyum seolah-olah kita betul-betul menghargai pertolongan dari mereka..

tahukah anda apabila seorang emak membuat sarapan pagi, tengahari dan malam dan menunaikan kewajipan dia sebagai seorang ibu..bukan harta atau kalungan emas yang si ibu harapkan tapi sekiranya anaknya mengucapkan kata terima kasih itu sudah cukup membahagiakan mereka..sejuk hati mereka mendengarnya..

tahukah juga anda apabila ayah yang mencari rezeki untuk keluarga dan membesarkan kita dengan memerah keringat dia..bukan kereta mewah yang mereka harapkan sebagai balasan..tapi ucapan terima kasih sudah cukup memewahkan hati mereka..mereka dapat rasakan segala usaha mereka ada yang menghargai..

tahukah juga anda ucapan terima kasih itu amat berharga bagi cikgu-cikgu anda..ilmu yang mereka curahkan kepada kita itu adalah bekal untuk kegunaan kita hingga ke akhir hayat..jadi segala ilmu yang mereka curahkan itu bukan duit yang diharapkan sebagai balasan..dengan hanya ucapan terima kasih yang hadir dalam diri yang ikhlas sudah cukup membuatkan mereka terharu dan mungin bisa mengalirkan air mata kegembiraan..

dengan sesiapa pun kita tak perlu untuk kedekut atau berat mulut nak ucapkan terima kasih..dalam dunia blog sekali pun..saling memberi nak menerima..begitu juga dalam perniagaan jual beli..terima kasih itu perlu untuk urus niaga yang berterusan..betul tak..jadi ucapkanlah terima kasih..tak rugi apa-apa pun kalau kita mengucap ayat itu..selamat malam..

No comments:

Post a Comment