-betul atau lakonan semata-mata-

entry berunsur peribadi sedikit..cuma nak luahkan apa yang terbuku dihati..jangan risau tidak ada nama yang akan timbul dan tidak ada blogger yang berkaitan dengan cerita ini..ini hanya untuk tatapan umum sekadar berkongsi rasa dan meminta sedikit petunjuk dan panduan..

nampak sedikit perubahan selepas peristiwa sakit tempoh hari..perubahan yang kecil dapat dilihat..bersyukur sekiranya perubahan itu betul-betul ihklas dan lahir dari hati yang ingin berubah..tapi jika perubahan itu hanya satu lakonan semata-mata untuk mengaburi mata ini maka ianya bukan langkah yang bijak..sukarnya kita nak membaca hati orang kan..sukar untuk menentukan sama ada perubahan itu betul atau tidak..sama ada kali yang entah ke berapa kali peluang diberi itu betul2 digunakan dengan sepenuhnya..

bukan cik sakura tak percaya tapi rasa percaya itu telah lama hilang..fb, ym dan laman web sosial ini betul2 menghantui cik sakura..macam-macam masalah yang timbul dari faktor-faktor di atas..istilah 'rapat' juga cik sakura cuba elakkan dan tak nak dengar langsung..percaya atau tidak mungkin seorang perempuan akan bercakap mengikut emosi tapi kalau mulut dari ADAM sendiri yang bersuara mengenai istilah rapat apa yang boleh cik sakura sangkalkan lagi..rapat antara dua kaum berbeza lambat-laun akan jadi lain juga..begitu yang terjadi pada cik sakura..disebabkan istilah rapat itulah perhubungan yang terbina lama hancur..bukan retak tapi hancur..

sekarang ini cik sakura masih berfikir sama ada ini semua betul atau lakonan semata-mata..selama mana cik sakura harus bersabar..betul ke TUHAN hanya menguji umatnya yang betul dia sayang dan sanggup menerima ujian NYA dengan tabah..tapi sampai bila cik sakura harus diuji..

No comments:

Post a Comment