-kerana terluka-

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menentukan…

Tak perlu kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali ku melangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian

Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang…

Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hingga menikam kalbu
Bisanya…

Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Kiranya tempias membasahi jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa


p/s: antara awak dan saya terdapat jurang yang sangat besar dan tembok yang tak akan runtuh sampai bila2..ini yang awak pinta dan ini juga yang saya tunaikan..haluan awak dan saya terlalu berbeza..tetapi saya tetap mendoakan untuk awak berjaya dan berbahagia..itu sahaja..dan kalau awak baca pun itu hak awak..terpulang sebab apa yang saya lakukan kini adalah dari permintaan awak dahulu..yang saya zahirkan di sini hanya sekadar kata-kata kosong yang lahir dari hati yang dah lama hancur..saya tak nak jumpa awak lagi walaupun bayang-bayang awak sekali pun..maafkan saya..sekian..


4 comments:

  1. sabar ye cik sakura...
    masa akan sembuhkan luka yang ada...
    suka blog ni...
    sangat-sangat terkesan bila baca...

    ReplyDelete
  2. @Lala Latif
    insyaallah..segalanya itu dah ditentukan..terima kasih lala..makasih singgah blog cik sakura..

    ReplyDelete
  3. sama2...dulu masa patah hati, teringin gak nak wat blog macam ni...tp xreti..so, bila jumpa blog ni, mcm excited..hari2 mesti bukak punya... sbb bila bca entry cik sakura,sy dapat rasa sakitnye mcm mana...sbb sy ingat lagi rasanya sakit 2...

    tp sakit 2 dulu..skrg tinggal kesan je..alhamdulillah..skrg dah jumpa penawarnya..harap2 cik sakura pun macam 2 ok..insyAllah..ada hikmahnya bila kita luka...(^_^)

    ReplyDelete
  4. @Lala Latif
    makasih lala latif..makasih banyak2..cik sakura bermula dengan menulis blog pun ketika hati betul2 terluka..belum jumpa penawar lagi tapi hati semakin pulih bila berjumpa kenalan seperti lala latif dan blogger yang lain..

    ReplyDelete