-tepukan yang menyeksakan hati sebenarnya-

selamat petang..baru balik dari majlis di tempat kerja..alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar dan seperti yang diharapkan..kira terbalas juga penat lelah selama ini..sebagai penutup majlis ada sesi persembahan dan ahli jawatankuasa majlis..persembahan yang tidak dirancang dan memang tiada dalam aturcara majlis..ni sape yang pandai tokok tambah ni..ish..memang nak kena..nak tak nak kena jugak buat persembahan secara spontan..

tak kan nak berlakon pulak..tetiba ada permintaan untuk menyanyi..siap bagi lirik lagi..memang saja kan kawan-kawan diorang..tak patut pun..tapi nak tak nak nyanyi la jugak..walaupun rasanya ianya lagu lama..jadi nyanyi la si 'kawan' ini dengan terkulat-kulat..selepas habis nyanyi si 'kawan' ini mendapat tepukan dari para tetamu yang hadir..tapi tahukah mereka tepukan itu tidak memberikan apa-apa..yang dalam hati hanya berdoa supaya jangan la hujan turun..hehehe..eh macam mana cik sakura hati si 'kawan' itu..rahsia..

ni ada lirik lagu tadi..siap dengan backup singer lagi..hati memang bertambah geram si 'kawan' itu..ianya telah dirancang..ish2..

 --------------------------------------------------------------
Tak sanggupku berdepan
Tak ingin memandang
Tergambar kepahitan semalam
Terhiris perasaan
Ku pernah dibiarkan
Tiada khabar yang kau kirimkan

Pinggan untuk perhiasan rupanya pecah di tepi
Tidak elok andainya dibuat hidangan
Apa pula kata tetamu yang datang
Itulah umpama kisah silam
Usah diungkit sengaja dibesarkan
Demi menutup kesilapanmu
Demi memohon kemaafanku

Tertutup sudah pintu hatiku
Tak usah engkau memujuk rayu
Biarpun berpisah nyawa dan badan
Sudah bersumpah tidak berdepan

Mendengar namamu bagai memikul beban
Mendidihlah kemarahan yang terpendam
Itu belum lagi kita berdepan
Lebihlah elok jika dibiarkan
Kemarahanku reda sendiri
Usah ditambah bara yang tersimpan

  
Walaupun berbagai rencana engkau lakukan
Sedikit pun tidak melembutkan hati
Malah makin tebal kebenciaanku
Serta marahku tiada berkesudahan
Biarlah aku menanggung sendiri
Segala dosa kerana membencimu
 --------------------------------------------------------------

haha..ni tajuk lagu tu USAH DITAMBAH BARA YANG TERSIMPAN nyanyian asal ELLY MAZLIEN..memang saja kan..sebenarnya si 'kawan' itu adalah cik sakura sendiri..akibat menyanyi sorang-sorang dalam kereta tempoh hari cik sakura telah menjadi mangsa..ingat diorang tidur rupa-rupanya sempat pasang telinga..memang tak patut..ish..walaupun cik sakura dapat tepukan dari hadirin hanya senyuman yang mampu cik sakura balas di luar tapi di dalam hati ini macam lirik lagu di atas..lalala..cik sakura nak rehat kejap..daa..

p/s: papa pesan jangan berdendam dengan orang atau terlalu membenci..jadikan pengalaman sebagai pengajaran..point taken papa..


No comments:

Post a Comment