-apa yang akan anda rasa atau fikirkan-


satu situasi dan kejadian sebenar..namun tidak akan nama yang akan dizahirkan di sini..cukup sekadar memberitahu suatu kejadian atau sekadar luahan rasa mahu pun untuk berkongsi cerita sahaja..untuk mengaibkan sesiapa jauh sekali..tapi ini adalah tersurat dan tersirat yang mampu dizahirkan di blog sahaja..

sebut pasal cinta semua orang tahu apa itu cinta..cinta itu terlalu subjektif..kalau suka cinta itu ibarat gula tapi kalau benci cinta itu ibarat pahit hempedu..mudahkah perasaan cinta bertukar menjadi benci dan benci itu bertukar menjadi cinta dalam sekelip mata..anda sendiri menjawabnya..sebab bagi cik sakura cukup la apa yang terjadi..episod lepas dah berlalu..dan mungkin dibiarkan seketika waktu untuk bersendirian..

apa akan anda rasa tau fikirkan..bila anda sakit dan terlantar di hospital..bukan sekali bukan dua kali tapi dah banyak kali..namun orang yang anda cintai itu langsung tidak menjenguk anda walau sekadar 5 minit..pelbagai alasan diberi..namun bila teman-teman mengajak dia ke suatu tempat yang tidak berfaedah dengan segera dia menuju ke sana sekadar untuk lepak dan berbual-bual kosong..

apa yang anda rasa atau fikirkan jika anda begitu setia bertahun-tahun lamanya namun si 'dia' terlalu mempunyai ramai kenalan yang sama jantina dengan anda..dan anda tahu perangai si 'dia'..berkawan bukan sekadar berkawan sahaja tapi lebih atas dasar kawan..depan anda pijak semut tak mati..anda lah satu-satunya pujaan dalam hati namun di lua..di dalam handphone di dalam facebook banyak betul teman istimewanya..dan ada yang sudah mengaku mempunyai hubungan..anda bukan nak menuduh melalu tapi anda sendiri pernah kena serang dan dikatakan sebagai perampas..padahal mereka baru sebulan berkenalan berbanding anda yang bertahun-tahun menjalinkan hubungan..

apa yang anda rasa atau fikirkan..bila diajak bertemu keluarga anda, si 'dia 'sering mengelak lepas mengetahui si 'dia' telah melakukan kesilapan yang besar terhadap anda..jauh sekali nak minta maaf..pelbagai alasan diberi namun itu semua taktik untuk melarikan diri..ye kesalahan yang sangat besar sampai memalukan keluarga dan diri sendiri..namun  si 'dia' tidak kesah pun apa yang berlaku ke atas dirinya..dan masih meneruskan kegiatan bawah tanah..

jadi apa yang anda rasa atau fikir..logikkan perasaan sayang itu terus menebal untu si'dia' di atas..haruskah sayang itu dipanjangkan..haruskan mengikat sebuah perhubungan  dan ikatan dengan si 'dia'..sekadar luahan..

4 comments:

  1. hmmmmm....pergilah...jangan tunggu lagi...dan me rasa orang yg melalui kisah ini pun tau jawapannya kan....pergi dan jangan berpaling lagi....;)

    ReplyDelete
  2. kiranya begitu, lupakanlah dia.. carilah yang benar2 sayangi anda..

    ReplyDelete
  3. lempang je dia.. opss hehe brutal lak.. hmm.. kalo asyik mengelak jumpa orang tua tu tandanya lelaki jenis tak nak ada komitmen lagi... mungkin tak bersedia... tapi mungkin ada helah lain... banyak kemungkinannya.. apapun berfikiran positif ja, pujuk leklok ya :)

    ReplyDelete
  4. @Penyair SenjA
    mungkin itu jalan penyelesaian yang terbaikkan..pergi dan jangan berpaling lagi..

    @Farah Shamsudin
    betulkan..cari org yang syg kita..

    @ardinihumaira
    lempang..hehehe.xmo nty sakit tangan..xnak pujuk dah..sebab dah bertahun lamanya bagi peluang..

    ReplyDelete