-panggilan misteri-

hari ini sesi pembelajaran seperti biasa..tutorial juga berjalan dengan lancar..dan kehadiran amat memuaskan sekali..mungkin akibat digertak yang cik sakura akan buat kuiz maka ramai yang datang..yang dulu datang lambat pun pagi-pagi dah ada dalam kelas..pencapaian yang bagus bukan..bukan untuk cik sakura tapi diri student2 cik sakura..yang nak berjaya dan maju bukan cik sakura kan..yang nak berjaya memilik segulung ijazah pun bukan cik sakura kan..cik sakura hanyalah perantara untuk mengajar student2 ini berjaya untuk mencapai segala impian mereka..hah tak gitu..kalau diri sendiri tak nak berusaha mungkin tak ke mana angan-angan tu..tak kan nak jadi MAT JENIN pulak..ada lagi ke orang bermimpi di siang hari..kalau ada tolong kejutkan mereka..dah kejut..terima kasih ya..

habis kelas seperti biasa cik sakura kan memeriksa emel yang masuk..kebanyakkan dari kawan dan student sendiri..lepas semak email baru tergerak hati nak tengok handphone..lama dah bersembunyi dalam beg..sebab cik sakura silent..jadi mana tahu bila dia berbunyi ring ring ring..hehehe..macam tu ke bunyi nada dering..ada mesej dan beberapa panggilan telefon..ok nanti cik sakura balas balik..tetapi jeng jeng jeng ada panggilan dari PRIVATE NUMBER..semenjak dua menjak ini cik sakura selalu dapat panggilan dari private number..bukan sekali tapi dah banyak kali..kalau sekali memang cik sakura tak kesah sangat..

bercerita pasal panggilan dari private number kawan-kawan pernah dapat tak..kalau cakap tak apa ini bila cik sakura hello je senyap..bagi salam pun senyap jugak..hello banyak kali pun masih senyap..hello..kalau nak call tapi senyap baik tak payah call kan..buat sakit jiwa je..bukan sahaja panggilan tapi dapat mesej jugak..kalau mesej yang ok tu ok la tapi kalau dah mengarut tu takkan nak ok jugak kan..tapi cik sakura biarkan..bukan apa cik sakura sendiri banyak benda nak diuruskan daripada layan benda-benda macam ni..cik sakura tak makan orang..jadi jangan takut nak cakap dengan cik sakura je..ish..selamat tengahari kawan-kawan blogger semua..

No comments:

Post a Comment