-UBAT yang paling mujarab-


tisu dah habis berkotak-kotak..demam pun tak hilang lagi..panas masih terasa..sekarang dah batuk-batuk pula..siap ada pakej tambahan selsema sekali..memang cantik la tu..demam tak surut..walaupun duduk dalam bilik penghawa dingin rasa panas masih ada..walaupun kaki ni dah sejuk semacam je..kerja tetap kena kerja..boleh jadi pekerja berdedikasi tak cik sakura ni..perasannya..hehehe..

ubat dah makan..semalam beli vicks yang macam inhaler tu..gara-gara tak tahan dengan hidung tersumbat dan sukar bernafas..namu sayang seribu kali sayang..akibat kelalaian pekerja atau silap cik sakura sendiri nak periksa dahulu rupanya inhaler tu dah tamat tarikh luput..tak boleh nak cakap apa..nak guna pun takut bahaya jadi selamatlah dia bersemadi di dalam tong sampah..jadi lepas ini jadi pengguna yang bijak..periksa dulu ubat yang anda beli supaya tidak menyesal kemudian hari..pesanan penaja dari siaran percuma cik sakura..hehehe..


dah tak tahan dengan kepanasan dan sakit tekak melanda..jadi ubat apa yang paling mujarab..jeng jeng jeng..mesti la VANILLA COKE..yummy..alhamdulillah dah selamat habis satu botol kecil..beli memang sejuk tapi cik sakura siap beli lagi ais tambahan..jadi cuba bayangkan kesejukkan yang terasa ditekak ini..memang nikmat bukan..hehe..ini lah ubat yang mujarab..sebab secara automatik tekak cik sakura kurang sakit dan selsema berhenti..wah..hebat kan..kita tengok kesannya bila malam nanti..nantikan entry seterusnya..


p/s: jangan tiru tindakan cik sakura ini..takut jadi apa-apa pula..


3 comments:

  1. ye la tu ubat yang mujarab..haha

    ReplyDelete
  2. Siap ada pakaj tambahan woo... Lain kali minum laa 100 plus.. Bukan coke...

    Dah follow sini..

    ReplyDelete
  3. @azizul
    mujarab tau..berkesan pada cik sakura je..hehe

    @WuMing
    hehe..thanks follow blog cik sakura..100 plus cik sakura tak berapa minat sgt..tapi minum juga sebab member cakap elok..

    ReplyDelete