-JUJUR la pada diri sendiri terlebih dahulu-

dah hari puasa yang ke dua..masih berpuasa lagi tak kawan-kawan..harap-harap masih berpuasa lagi..jangan buka tudung periuk plak tau..mana la tahu konon-konon terlupa yang hari ini puasa..hehe..sabar tau..lagi beberapa jam je lagi..yang tengah bekerja sibukkan diri anda dengan kerja..yang bercuti macam cik sakura sibukkan diri anda dengan tolong mama di dapur..masa ni mama tengah buat persediaan bersama bibik-bibikku di dapur..mana anak dara mama..jeng jeng jeng..depan tv la tengok program masakan..

nak cakap pasal JUJUR kali ini..semalam cakap pasal SABAR kan..nak baca pasal sabar klik [SINI]..nak cakap kalau tidak mampu nak jujur pada orang jadi jujur la pada diri sendiri terlebih dahulu..namun kalau tak jujur juga pada orang nampak gaya memang tak jujur pada diri sendiri..bila menipu pada orang lain itu maknanya kita menipu diri kita sendiri..memang kita disuruh untuk sayangi diri sendiri dulu..tapi kalau kita dah tipu diri sendiri dengan timbunan penipuan adakah itu tandanya sayang pada diri sendiri..

bulan baik pun masih ada juga yang nak menipu..terserah..kalau jujur maka baiklah ganjarannya..namun kalau sebaliknya itu kena tanya diri sendiri..nak balas..lupakan sahaja..kan kita ni manusia biasa..bukan hakim di dunia mahu pun diakhirat..jadi biar TUHAN sahaja yang membalasnya..untuk apa kemaafan yang dihulurkan jika terus melakukan penipuan..macam tak berkualiti je maaf tu..agaknya senang minta maaf tapi sukar nak memahami maksud sebenar maaf itu..terserah..TUHAN maha adil bukan..apa yang kita beri itu yang kita akan dapat balik..cuma cepat atau lambat sahaja..ingat langit tak selalunya cerah..

jom kita lihat kelebihan solat tarawih malam ketiga:

'para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam lain..semoga ALLAH akan mengampunkan dosa-doa mereka..'


3 comments:

  1. wah cuti lagi ye cik sakura..besh2...

    betoi2..kene jujur kat diri sendiri..

    ReplyDelete
  2. saya pun terkilan dengan sikap sesetengah orang yang tak jujur dan suka sangat menipu ni.. kalau tak jujur dengan diri sendiri, sampai bila orang nak percaya kan.. apa guna ampun dan maaf kalau perangai sebegitu tak ubah2..

    ReplyDelete
  3. @Asyieq-iN Rkey
    esok dah nak balik..jumaat kena kerja..yup..apa2 pun diri sendiri kena jujr dulu..

    @Gen2Merah
    betul tu awak..tapi ada manusia tak pernah nak insaf atas perbuatan dia..bila dan kantoi mintak maaf je tahu..lepas tu buat balik..kalau tak bagi keburukkan pada orang lain takpe tapi sampai orang lain dapat balasan sebab penipuan dia..kan tak best tu..

    ReplyDelete