-bila BOS mula tersasul-

cakk..dah lama tak berjumpa kan..maaf ye kawan-kawan cik sakura ni asyik keluar masuk melawat kawasan je..tadi pun cik sakura pergi 3 tempat berasingan semata-mata untuk memungut data usahawan-usahawan di sini..sempat juga cik sakura melihat cara pembuatan kuih cakar ayam..hah kawan-kawan tahu tak macam mana bentuknya kuih cakar ayam tu..alau tak tahu pun buat-buat tahu ye..jeng jeng jeng..

tajuk di atas..hah cik sakura nak cerita la ni..bos cik sakura..bos besar kat sini..kira bawah dari pengarah..apa-apa kalau tiada pengarah dia lah jadi wakil..memang cik sakura hormat dia..maklum sajalah masa lapor diri hari tu orang pertama yang cik sakura adalah bos ni..jadi selanjutnya menjadi rapat..rapat hanya sekadar staf dan bos sahaja ye..dia orang lama.jadi banyak ilmu yang dia turunkan kepada cik sakura dan cik sakura sangat hargai..tapi semalam cik sakura terduduk diam..jeng jeng jeng..kenapa ya..hah baca bawah ni..

semalam dia telefon cik sakura ajak keluar makan malam..ok la..cik sakura dengan kawan cik sakura yang sama-sama lapor diri bersama pengurus besar kawasan selatan..masa dia cakap tu tiba-tiba dia cakap 'NANTI MALAM KELUAR MAKAN DENGAN ABANG YE'..oppss..abang..tak pernah-pernah gelarkan diri abang..jadi cik sakura gak kegelian di situ..abang tu..mula-mula buat tak paham.bos cik sakura cakap cik sakura tak boleh terima gurauan..tapi kawan cik sakura cakap dia asyik pandang atas bawah je..lepas tu makan pun boleh usha2..hello bos..mata tu ke mana..

hah kawan-kawan..cik sakura malas dah nak cerita selanjutnya..nanti cik sakura macam cacing kegelian pulak..hehe..kawan-kawan apa perasaan bila bos dah mula gelarkan diri ABANG..gurau ok..tapi kita boleh kenal antara gurau atau sebaliknya..jom berkongsi pendapat dengan cik sakura..


-KISAH DONGENG stacy-

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Chorus
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Ulang Chorus

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

-sedikit pengajaran untuk diri sendiri-

bukan niat untuk mementingkan diri sendiri atau sikap buat tak tahu langsung pasal orang atau sikap tidak mahu menolong orang..menolong orang itu satu sifat yang mulia tapi kalau kerja asyik menolong orang je sampai orang lain ambil kesempatan tak guna juga..segelintir orang suka mengambil kesempatan terhadap kebaikkan orang lain..bukan cik sakura nak kata apa diam dan senyum bukan bererti orang boleh pijak kepala kita dengan sesuka hati dia..

pasal wang..wang mempunyai kuasa yang besar dalam kehidupan seharian..yang menidakkan kuasa dan pengaruh wang itu cuba fikir banyak kali tentang pengaruh wang..ada wang semua jalan..cik sakura pun adakalanya bengang juga..kalau setiap masa kita dahulukan duit sendiri apa gunanya berkongsi kan..betul tak semua mempunyai wang yang banyak..cik sakura juga mencari wang menggunakan hasil usaha sendiri..tapi bila dah cik sakura yang asyik dahulukan duit cik sakura dulu rasa kurang senang sikit..bukan berkira tapi bila nak bagi duit seseorang ini akan pura-pura buat tak tahu..kira bila soal pasal duit dia akan pura-pura buat hal lain atau pandang tempat lain..geram la..jangan tengok bila kawan ada duit masa tu nak guna kesempatan..pe punya manusia la..

bila cakap pasal barang-barang mewah pergh macam kaya je dia..nak yang mahal-mahal..nak yang berjenama..tak mahu pakai kereta kecil..nak yang besar-besar..cakap tak nak jatuh..tapi ukur la badan diri sendiri..cik sakura tak kisah langsung..dia nak beli yang mahal ke apa ke itu dia punya pasal..tapi jangan jadi angan-angan mat jenin pula..cakap je lebih tapi hakikatnya yang adooo..tolonglah..cakap ikut kemampuan diri sendiri dahulu..jangan cuba nak mengambil kesempatan..jadi sekarang cik sakura cuba praktikkan satu hari untuk menjadi seorang yang sangat pentingkan diri sendiri..penat bila orang lain bergaya tapi orang lain yang sengsara bila keluar duit..kalau setakat sepuluh ringgit mak ok je..tapi bila beratus hah ok ke mak..sendiri fikir..


-pengaruh IKLAN-

semalam cik sakura dah uruskan pasal rumah..alhamdulillah..rumah ok sekali masuk pakej 3 orang budak kecik yang tembam-tembam belaka..memang comel..rasa nak picit-picit je..dan mula diorang memang boleh tahan..hehe..inilah pengaruh dari sedutan filem-filem..bukan cik sakura nak protes ke apa ke cuma agak terkejut budak yang masih bawah umur 5 tahun sudah mula bertutur dalam bahasa orang dewasa yang agak kurang disenangi oleh orang tua..tapi apa boleh buat..mereka terdedah dengan iklan-iklan di tv dan sedikit sebanyak akan tepengaruh juga..

jangan kata orang dewasa pun tak terpengaruh juga..orang dewasa terpengaruh dengan iklan..kaum adam terpengaruh dengan cara lain..kaum hawa sendiri juga terpengaruh dengan cara lain..cuma kita yang sudah dewasa ini boleh berfikir mana buruk baiknya iklan-iklan yang sedia ada tidak kira media cetak mahu pun media elektronik..cuma yang membimbangkan adalah golongan kanak-kanak..mereka ini mudah untuk menangkap sesuatu..otak masih masih muda dan masih sedikit dalap pemprosesan..jadi apa yang mereka dengar dan lihat maka cepat la tersimpam dalam kepala..dan mereka mudah ingat..adoi..kadang-kadang perlu pengawasan juga untuk golongan ini..

cik sakura nak cadangkan sesuatu boleh..kalau boleh filem-filem melayu kita jangan la buat sedutan atau tag line yang bahasanya agak kurang sesuai untuk kanak-kanak..bukan apa..memang tujuan untuk menarik orang ramai menonton ke pawagam..salah satu cara pemasaran produk kan melalui iklan..cuma kita kena peka juga yang melihat bukan sahaja golongan orang dewasa tetapi golongan kanak-kanak juga..walaupun ada label 18 tahun ke atas namun untuk iklan diorang tak labelkan pun..kalau dilabelkan golongan kanak-kanak ini masih boleh tengok juga..ini sekadar cadangan cik sakura sahaja..

hah kawan-kawan apa pandangan kawan-kawan pula..dulu cik sakura terkejut dengan budak yang mengungkapkan 'apa tu..nasi lemak 50 sen'..tercengang budak sekolah tu..hah..filem apa tu..jom kongsi sedutan filem apa yang boleh kanak-kanak ingat atau kawan-kawan pernah dengar..


-takut berjumpa 'TUTTTT'


adakah cik sakura pura-pura gembira.itu cik sakura sendiri tak pasti..tapi nampak gaya memang cik sakura pura-pura gembira..bila nak jadi profesional terpaksa lupakan masalah peribadi..itu yang cik sakura pegang..hal peribadi fikir kat rumah je..bila sampai tempat kerja fikir pasal kerja sahaja..hmm..tapi bila sibuk masalah yang kusut dalam kepala ini akan hilang tapi hanya buat sementara waktu..lepas habis kerja mesti fikir balik..nasib masa bawa kereta tak layan sangat fikiran..nanti kereta ke mana cik sakura ke mana kan..

owh ye..ada yang bertanya kerja cik sakura masuk kampung keluar kampung..haha..cik sakura sekarang sudah beralih pekerjaan..dulu cik sakura bekerja dalam sektor pendidikan tapi sekarang sudah beralih arah ke sektor pertanian..jadi keluar masuk kampung melihat tapat-tapak projek dan projek orang kampung..macam-macam sekarang ni..orang kampung di sini boleh dikatakan sudah menjadi usahawan berjaya..pendapatan sebulan mereka juga lebih tinggi dari mereka yang mempunya tahap pendidikan yang tinggi..rasa kagum..namun segala yang mereka dapat bukan hanya dengan bersenang -lenang sahaja..tetapi dengan semangat dan usaha yang tinggi..

lepas ni cik sakura akan masuk pendalaman kampung pula..adoi..meredah lalang-lalang dan semak-samun..dengar cerita dari pemandu di sini ada khinzir hutan..hehe..sopan betul bahasa cik sakura ni..tapi nak tak nak terpaksa buat laporan juga..kerosakan akibat serangan tuttt..jangan jumpa dah la..jenuh nak samak nanti..haha..esok pun cik sakura kena kerja juga..kena pantau pameran..maklum la dah jadi sebahagian dari warga di sini..jadi kena turun padang..

kawan-kawan semua apa aktiviti kawan-kawan di hujung minggu ini..mari berkongsi dengan cik sakura..boleh kan..dah lama tak menjengah blog kawan-kawan..rindu..ahaks..


-nota kecil cik sakura-


terlebih dahulu cik sakura nak memohon maaf bagi siapa yang keluar masuk di blog cik sakura ini..mungkin tiada berita baru dari cik sakura bukan..maaf ye kawan kawan..cik sakura akan kesibukan sikit..bukan jadi macam 'PENYAPU BARU' tau..bukan-bukan..memang tiada banyak kerja diatas meja sebab cik sakura sendiri belum ada meja tetap lagi..jumpa pengarah pun belum lagi..jadi masih tergantung lagi perkerjaan cik sakura..jabatan mana pun belum pasti selagi belum dapat kata putus dari tuan pengarah..

jap lagi pun cik sakura akan pergi jumpa pengarah..baru nak lapor diri setelah seminggu daftar masuk..maklum la dah nama pun pengarah bukan..adoi perut pula tak sedap..cik sakura tak tahu makan apa..tapi semalam memang makan ikut suka je..maklum saja la orang jemput datang jamuan raya..yang masak pula orang kampung..memang sedap la..resepi kampung tiada bandingan..apa-apa pun cik sakura dah dapat habuan subuh-subuh tadi..hmm..perut tolonglah baik cepat..nak jumpa pengarah nanti..

nanti bila segalanya telah ditetapkan dan cik sakura tidak seperti melukut ditepi gantang hahaha baru la cik sakura boleh ber'blog' seperti biasa..bukan ada yang menghalang cuma cik sakura agak keletihan..masuk kampung keluar kampung..kemudian masuk kampung sekali lagi..nasib dapat keluar..kalau tak dapat keluar macam mana..mau sesat cik sakura nanti dalam ladang kelapa sawit..hehehe..

ok cik sakura mohon izin untuk berundur diri..nanti jumpa lagi ye..semoga kawan-kawan cik sakura sihat-sihat selalu..xoxo..


-nukilan hati yang kecil-


kadang-kadang kita harus lepaskan sesuatu untuk hidup kita lebih bahagia dan tenang..orang kata senang nak mencari ketenangan..mungkin benar..walaupun hanya sekadar 5 minit..ketenangan ketika melihat matahari terbenam..ya..cik sakura memang suka melihat panorama ketika matahari terbenam..melihat warna jinga, merah dan hitam bergabung dan cahaya indah di kaki langit buat cik sakura rasa tengan..itu la ketenangan yang cik sakura cari..

namun hati cik sakura masih belum tenang..hmm..entah lah..sebab cik sakura belum lepaskan sesuatu yang cik sakura sayang kot..kawan-kawan pun cakap macam tu..mama pun cakap macam tu..mulut cik sakura mungkin boleh berdusta mengatakan cik sakura sudah bahagia seadanya namun hati cik sakura mengatakan tidak..walau apa-apa pun cik sakura tidak akan pernah putus untuk berdoa..semoga satu hari nanti ada kebahagian dan ketenangan yang cik sakura perolehi..walaupun sedikit tetap cik sakura bersyukur..

alhamdulillah..cik sakura diuiji dengan pelbagai dugaan..dan akhirnya cik sakura telah menerima ganjaran..walaupun memakan masa hampir 2 tahun..namun cik sakura tak pernah berputus asa..tak pernah mengalah..menerima segala dugaan dengan tabah walaupun air mata senantiasa mengalir namun hati dan diri ini tetap kuat mengharungi dugaan hidup..cuma satu..satu ini yang menghantui cik sakura..semoga yang satu ini akan berubah dan akan ada sinar suatu hari nanti..cukup sudah air mata yang mengalir disebabkan satu ini..apa yang satu..biarlah cik sakura yang mengetahui..selamat malam..


-kembali menulis di blog-

lama betul cik sakura rasa tak menulis di sini..maaf ye kawan-kawan sekalian..bukan cik sakura sibuk cuma badan cik sakura kurang sihat..mama, papa dan cik sakura sendiri mengalami sakit tekak dan deman..kebetulan bulan..jadi cik sakura hanya duduk rehat sambil ditemani ubat..jeng jeng jeng..rajin pulak cik sakura makan ubat ye..selalu tak makan..bukan takut ubat cuma tak suka je..alasan la cik sakura ni..ahaks..

program hari esok..secara kebetulan pejabat baru cik sakura ni buat jamuan hari raya tengahari..jadi tak payah keluar makan..pagi esok pun ada majlis dengan orang ramai..ini pengalaman baru bagi cik sakura..macam mana la nanti jumpa lembaga pengarah kan..dan juga orang lain..harap-harap semua berjalan dengan lancar..dan paling berharap mereka menerima kehadiran cik sakura di sini seadanya..pesan mama rajin-rajin la senyum kat orang..tapi jangan senyum macam kerang busuk plak..nanti orang ingat nak mengorat plak..mama ni..ke situ plak dia kan..tak ada maknanya cik sakura nak mengorat walaupun telah ada yang cuba nak jodohkan cik sakura..haha..memang sengal..

apa-apa pun esok hari kedua cik sakura masuk opis..macam biasa akan bertemankan kasut tumit tinggi..itu wajib..walaupun terpaksa kurangkan ketinggian namun tetap tinggi juga..mesti yakin untuk melangkah walaupun ada rasa kesakitan..opss..kaki cik sakura ok lagi kot walaupun mama dah perli nanti lepas ni tak pakai dah kasut tumit tinggi..nak masuk kampung punya pasal..adoi..nampak gaya kena tukar selera plak..gaji pun belum tentu masuk bulan depan..oppss..beli dengar pasal gaji masuk lambat dah mula pening kepala..haha..apa-apa pun ditempat baru ini segalanya baru bagi cik sakura..pengalaman bukan..nanti cik sakura sambung cerita lagi ye..daaaa..


-air mata 1 MALAYSIA-


ketika orang lain sibuk dengan sambutan HARI KEMERDEKAAN cik sakura mengalirkan air mata..sedih kerana terpaksa berjauhan dengan mama dan papa..waktu mama hantar cik sakura tadi mama menangis..dan bila melihat mama mengalirkan airmata cik sakura sendiri tak dapat menahan sebak di hati..sedih rasanya..kini baru cik sakura dapat online seperti biasa..maaf ye kawan-kawan cik sakura sibuk mencari tempat tinggal dan menguruskan kerja baru..alhamdulillah buat masa ini segalanya berjalan dengan lancar..

owh ye bos cik sakura yang baru ini rasanya orang jawa la..hehe..ngomong jawa dengan dia nanti..hehe..itu pun kalau lidah cik sakura tak tergeliat..semalam cik sakura minum air 'CIKONG'..hehe..hah siapa pandai air cikong tu apa..nanti cik sakura nak masak..buat masa ini cik sakura masak yang ala kadar dulu..ala kadar yang macam mana tu cik sakura..jeng jeng jeng..hanya berbekalkan periuk nasi apa la yang cik sakura boleh masak..tadi baru beli sardin dan telur..yeay cuba bayangkan cik sakura masak apa nanti..esok baru nak pergi pasar..

buat kawan-kawan semua SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN kali ke 54..alhamdulillah negara kita semakin maju dan makmur sejajar dengan transformasi dari generasi muda kini..SALAM 1 MALAYSIA..


-JANGAN cakap apa-apa-

"Don't Speak"

You and me
We used to be together
Everyday together always
I really feel
That I'm losing my best friend
I can't believe
This could be the end
It looks as though you're letting go
And if it's real
Well I don't want to know

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts
Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts

Our memories
Well, they can be inviting
But some are altogether
Mighty frightening
As we die, both you and I
With my head in my hands
I sit and cry

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts (no, no, no)
Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts

It's all ending
I gotta stop pretending who we are...
You and me I can see us dying...are we?

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts (no, no, no)
Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts
Don't tell me cause it hurts!
I know what you're saying
So please stop explaining

Don't speak,
don't speak,
don't speak,
oh I know what you're thinking
And I don't need your reasons
I know you're good,
I know you're good,
I know you're real good
Oh, la la la la la la La la la la la la
Don't, Don't, uh-huh Hush, hush darlin'
Hush, hush darlin' Hush, hush
don't tell me tell me cause it hurts
Hush, hush darlin' Hush, hush darlin'
Hush, hush don't tell me tell me cause it hurts

-adoi SAKIT KEPALA-

ketika orang lain sedang lena diulit mimpi cik sakura diulit sakit kepala pula..susah jadi macam cik sakura ini..perasaan ingin tahu sangat mendalam..tapi bila dah tahu maka jawabnya hanya menyakitkan hati..kenapa nak biarkan hati cik sakura sakit atau cik sakura sengaja cari penyakit..rasa macam tu la..cik sakura sengaja cari penyakit kot..dah tahu orang tu macam tu lagi nak tahu kisah kan..hah bila dah tahu tiada apa yang dapat kecuali menambah luka..bagus cik sakura..teruskan lagi tambah derita..

dah banyak kali cik sakura cakap yang tiada apa yang akan berubah kecuali mati..bila sebut dan ingat pasal mati mesti takutkan..sebanyak mana amalan kita di dunia ini..adakah kita masih boleh melihat sinar mentari pagi nanti atau sebaliknya..masih sempatkah kita menunaikan fardhu ASAR seterusnya atau asar tadi adalah terakhir untuk kita..itu semua perhitungan TUHAN..kenapa ASAR cik sakura..bukan zuhur mahu pun subuh atau mungkin maghrib mahu pun isyak..dulu cik sakura ada tengok satu drama mengenai 100 hari sebelum seseorang itu dicabut nyawanya..dah salah satunya ialah di mana hati kita terdetik adakah kita sempat menunaikan solat asar keesokkan harinya..betul atau tidak mungkin kawan-kawan boleh bertanya pada ustaz atau pakar ilmu agama..nanti boleh berkongsi dengan cik sakura..

kita tak dapat ubah seseorang itu melainkan orang itu sendiri yang mahu berubah..jadi tak perlu berkata banyak..berdoa lah semoga satu hari nanti akan ada perubahan..dan kalau nak berubah biar kita sendiri yang berubah..supaya tak sakit hati lagi..selamat malam..


-tak suka PERASAAN ini-


cik sakura memang tak tahu nak terangkan macam mana..tapi memang cik sakura tak suka apa yang cik sakura rasa ni..tertanya apa benda..bila cik sakura tak pasti sesuatu benda itu ianya akan membuatkan cik sakura sering tertanya-tanya..duduk pun tak boleh diam..hah ni bukan perasaan cinta ye kawan-kawan..letakkan ke tepi dulu pasal cinta..cik sakura tak tahu surat apa menanti cik sakura sekarang..yang pasti tentunya penting..tapi apa ye..penat dah fikir..tapi selagi cik sakura tak tahu apa memang hati ni resah semacam..adoi..memang tak suka situasi sekarang..
 
bila bermain kat kepala ni satu kerja pun tak jalan..makan pun tak ada selera..minta-minta segalanya baik-baik belaka sebelum cik sakura melangkah pergi..rasa macam tak sedap hati..tak sedap badan pun ada juga..nak demam la apa la..yang pasti memang cik sakura tak selesa..owh TUHAN..ujian apakah yang bakal cik sakura hadapi sekarang ini dan seterusnya..hanya TUHAN yang tahu..apa-apa pun cik sakura tak boleh berpatah balik..segala keputusan telah dibuat..dan apa yang mendatang mungkin cik sakura akan fikirkan kemudian nanti..

rasa takut mengganggu sekarang..tak suka..


-bila RINDU itu mula hadir-


belum berpisah lagi dah terasa rindu..mengarut ke cik sakura..rindu pada orang yang berada di depan mata..ye cik sakura mula terasa rindu dengan MAMA..mama teman rapat cik sakura..mama je faham apa yang ada dalam hati cik sakura..bukan cakap papa tak faham cik sakura cuma bila soal melibatkan hati dan masalah peribadi mama lah tempat cik sakura meluahkan segalanya..dah bila mama cakap nanti dia akan berasa sunyi bila cik sakura pergi maka hati ini mula terasa sayu..tak nak nangis depan mama sebab takut episod air mata akan berlarutan..hehehe..

mama dah mula nampak tanda-tanda kerisauan terhadap cik sakura..bolehkah hidup ditempat baru..papa macam biasa hanya berdiam diri dan ada masa tanya mengenai persiapan cik sakura..papa kalau bab-bab sentimental ini lebih banyak berdua dengan mama je..tanya masalah anak-anak perempuan pun tanya mama..sebab mama penyimpan masalah dan cerita peribadi anak-anak..lelaki kan..hehe..apa-apa pun papa memang terbaik..semua ayah di dunia ini terbaik kan..tanpa seorang ADAM dalam hidup kita maka tak lengkaplah nama kita itu..nak ber'bin' atau 'binti' dengan apa..

dah terasa rindu..rindu pada bilik cik sakura ini..sejauh mana pun cik sakura pergi bila balik rumah dan dapat tidur di bilik sendiri memamg terasa puas..nyenyak tidur..macam mana la keadaan di sana nanti..harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar..lenakah tidur cik sakura..atau lenakah tidu mama dan papa nanti..sama-sama kita tunggu..apa-apa pun terima kasih pada semua kerana banyak memberi sokongan untuk cik sakura memulakan hidup baru di tempat baru..rindu kawan-kawan juga dan blog ini..takut komitmen terhadap blog semakin berkurang..cewahh..hehehe..


-KEPERLUAN atau KEHENDAK-


terasa lama sangat cik sakura tak menulis di sini..maaf ye kawan-kawan..cik sakura sibuk dengan rumah terbuka dan persiapan untuk hari khamis lagi..alhamdulillah segala persiapan telah selesaikan..hanya berbekalkan 5 beg tidak termasuk kotak-kotak kasut telah membuatkan papa sekali lagi geleng kepala..macam nak tinggalkan terus je rumah papa perli cik sakura..hehe..biasa la cik sakura rasakan setiap barang yang cik sakura bawak itu satu keperluan dan bukan kehendak..keperluan sampai 5 beg besar..haha..keperluan ke..

bagi yang belajar ekonomi mesti tahu mengenai penawaran atau penerimaan..mahu pun belajar demand curve atau supply curve..ek dah masuk subjek ekonomi pulak..dulu masa belajar memang cik sakura pening pasal keluk-keluk ni..nak bagi paham betul-betul cik sakura kan lukis banyak kali..setiap kali nak buat garisan atau apa sahaja maka banyakklah warna yang akan cik sakura guna untuk membezakan setiap garisan..nak bagi faham punya pasal..tapi masa dalam peperiksaan cik sakura tak guna warna pun..nanti cakap macam dalam tadika pun..hehe..lain orang lain teknik pembelajarannya bukan..opps..

kehendak atau keperluan..macam penawaran mahu pun permintaan konsepnya..keperluan macam benda yang kita perlukan dalam hidup untuk menjalankan aktiviti seharian..telefon bimbit sekarang pun adalah salah satu keperluan bukan..cuba tengok dalam sebuah isi rumah..setiap ahli mempunyai sekurang-kurangnya satu telefon bimbit..tapi kalau lebih dari satu itu namanya kehendak..hehehe..cik sakura nak bagi contoh yang senang..sebab papa baru je ceramah cik sakura..hehe..kasut memang satu keperluan..takkan nak pergi kerja nak berkaki ayam pula kan..tapi macam cik sakura ni kasut kerja itu warna baju..tak pun ikut warna beg tangan..kalau tak ikut pun memang ikut selara mahu pun mood hari tu..jadi adakah kasut tumit tinggi cik sakura itu satu keperluan atau kehendak..hehe..anda sendiri tafsirkan..

walau apa-apa pun cik sakura hanya mampun tersenyum..yang pasti cik sakura tetap akan bawa kasut tumit tinggi itu bukan satu tapi jeng jeng jeng..belum dikira lagi bilangannya..jumpa lagi..


-jawapan untuk ADIK-

kalau kita jujur dengan orang nescaya orang akan jujur dengan kita..namun jika terlalu jujur dengan orang takut orang membalas kejujuran kita dengan penipuan..manusia..rambut sama hitam hati lain-lain kan..sedangkan lampu isyarat pun sentiasa bertukar warna inikan pula hati manusia..kejap rasa nak jujur kejap rasa nak menipu..pokok pangkal hati..nak menipu berpada-pada la..jangan sampai orang hilang terus kepercayaan pada kita..kita mungkin menipu orang tapi dalam masa yang sama kita telah menipu diri sendiri..rosakkan hati sendiri..sayang seribu kali sayang..

cik sakura penat dengan penipuan di depan mata..tapi cik sakura diam..kawan-kawan pun dah penat nak berkata orang macam tu tak layak langsung untuk dihargai..mama pun penat bersuara tentang manusia macam tu..walaupun papa diam namun papa juga rasakan benda yang sama..abang-abang cik sakura..abang yang sulung memang diam tapi dalam masa yang sama geram..diam tanda marah..abang yang kedua telah mula menyinsing lengan bajunya dan mula tanggalkan jam..kenapa tanggalkan jam..jeng jeng jeng..sayang sangat jam dia..tapi cik sakura tahan..kakak cik sakura mula bersuara..layak tinggalkan je orang macam tu..tapi cik sakura halang..biar buruk yang cik sakura hadapi biar cik sakura yang tanggung sendirian..dan akhirnya orang-orang sekeliling cik sakura hanya mampu diam sambil memberi nasihat..

dan langkah cik sakura seterusnya..mencari haluan sendiri..mula sibuk dengan kerjaya sampai terlupa nak bahagiakan diri sendiri..alhamdulillah dapat tawaran belajar..namun cik sakura tolak..nampak gaya impian nak sambung ke peringkat master tergendala sekali lagi..bukan senang nak lupakan kenangan 6 tahun..macam-macam cik sakura perolehi tapi lebih kepada penipuan di atas kejujuran cik sakura..mungkin ini dugaan ke atas cik sakura dan TUHAN nak menguji cik sakura atas kealpaan cik sakura dahulu..mungkin ini satu petunjuk yang itu bukan jodoh yang ditakdirkan untuk cik sakura..apa-apa pun cik sakura redha..

menangis..tipu la cik sakura tak menangis..6 tahun bukan 6 minit tau..cik sakura tak dapat apa-apa selain penipuan..bukan sahaja cik sakura yang ditipu tapi ahli keluarga cik sakura pun tertipu dengan kebaikkan muka dia..dan lebih menyakitkan hati bila mendapat satu berita yang memang langsung cik sakura tak boleh terima..orang lain mesti malu kalau mengalami nasib macam tu..tapi dia tidak..tiada rasa malu dalam hati..mungkin sebab dia lelaki kot..kalau perempuan mana nak letak muka kan..sebab boleh menjatuhkan maruah keluarga..tapi cik sakura tetap cekalkan hati untuk terima dia..apa yang cik sakura dapat lepas tu..ye penipuan yang seterusnya..

kenapa cik sakura bercerita pasal ini..untuk ADIK..kita semua ada kisah cinta sendiri..walaupun kisah cinta kita berbeza namun cik sakura rasakan yang adik masih terlalu muda..teruskan pengajian adik..soal jodoh biar TUHAN yang tentukan..masih jauh lagi perjalanan hidup adik..cinta bukan diukur seberapa lama kita bercinta..cinta diukur seberapa lama kita sayang seseorang itu dengan seikhlas hati yang mungkin..mungkin itu bukan jodoh adik..mungkin ada yang lebih baik untuk adik nanti..cik sakura senang berkata tapi adik yang terpaksa tanggung..mungkin itu yang adik nak cakap kat cik sakura kan..hati yang telah dilukai memang susah nak sembuh macam cik sakura ni..biar doa yang jadi penawar..berdendam bukan jalan akhir tau..berikan kemaafan supaya hati kita lega..yang penting hati kita dulu..sayang diri sendiri dulu..cik sakura doakan semoga adik berjaya dalam hidup..capai dulu cita-cita adik untuk membanggakan keluarga terlebih dahulu..soal jodoh serah pada TUHAN..yang penting jangan putus-putus berdoa..selamat malam..


-bermalas-malasan di RUMAH-

betul ke ayat cik sakura tu..bermalas-malasan..macam tak kena gaya je..adik-adik jangan tulis macam tu dalam karangan bahasa melayu anda ye..ni karangan cik sakura je..hehe..ye memang hari ini cik sakura malas sangat nak keluar rumah..dari pagi sampai la sekarang..ni pun dah hampir kul 11 malam..lagi la cik sakura malas nak keluar..abang cik sakura ada juga ajak keluar makan char kuew tiau..tapi dia tengok cik sakura macam liat je nak keluar dia pun tertidur lepas isyak tadi..aktiviti cik sakura kalau kat rumah ni malam-malam keluar dengan abang cik sakura..kalau ada kakak cik sakura kitorang bertiga selalu jalan-jalan cari makan..bila cik sakura tak ada atau kakak cik sakura tiada dirumah baru la abang cik sakura keluar dengan kawan-kawan..tu pun jarang..orang laki ni asyik sibuk memanjang..oppss..

sejuk pula bilik cik sakura ni..dengan penghawa dingin dan juga kedinginan malam disebabkan hujan..tak tahu nak tulis apa..adoi memang penyakit malas telah mula memperngaruhi cik sakura..tiada kata nak dicoretkan..apa ya cik sakura nak tulis..hmm..cik sakura dah telan ubat..kawan-kawan telan apa pula malam-malam ni..jom berkongsi dengan cik sakura..jom2..


-berani kerana SALAH..takut kerana BENAR-


terbalik la peribahasa cik sakura tu..kan sepatutnya BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH..memang cik sakura terbalikkan peribahasa itu..tapi kawan-kawan yang masih bersekolah jangan suka-suka terbalikkan peribahasa melayu kita ini..nanti cikgu cakap apa pula nanti..cik sakura terbalikkan sebab cik sakura cuba nak kaitkan dengan apa yang bakal cik sakura ceritakan nanti..rasanya manusia yang sudah menjadi batu hatinya memang tidak akan dapat dicairkan lagi..

BERANI KERANA SALAH
ye berani la..kalau tak berani dia tak boleh tipu orang..bukan seorang dua tapi dah ramai yang ditipu..perbuatan menipu itu salahkan..tapi dia berani..menipu itu hukumnya dosa kan..tapi dia tetap mahu menipu..maka dosanya akan bertambah atau berkurang..sendiri fikir..tapi memang betul dia berani merosakkan hatinya sendiri..lupa dia pernah cakap 'AKU TIPU PUN TU ANTARA AKU DENGAN TUHAN'..ok dia memang sangat berani..sakitkan hati orang..bukan sahaja sakitkan hati orang tapi buat orang sakit sampai masuk hospital atas perbuatan dia..itu salahkan..tapi dia berani..berani untuk terus melakukan kesalahan..sangat berani..sampai sekarang dia sangat berani terus melakukan kesalahan dengan hanya berbekalkan kereta honda dan mulut manis..honda..opsss..

TAKUT KERANA BENAR
ye..manusia ini takut bila orang dah tahu kebenaran..takut bila orang datang jumpa dia..dan takut untuk bersemuka dengan orang tua bila nak selasaikan masalah..pendek kata dia memang takut sebab dia dah kantoi..kebenaran telah ada di depan mata..jadi dia takut la yang tembelang dia akan pecah tak lama lagi..dia takut hilang kereta dan jawatan yang dia banggakan itu walaupun ada orang lagi besar dari dia tapi tak pernah banggakan diri..dia takut yang satu hari nanti dia akan dicekup dah terus bersemadi disebuah bilik khas untuk dia..takut sebab takut dia terduduk dengan kebenaran..

jadi apa yang patut cik sakura lakukan..ya kita tengok saja lakonan dia..kan cik sakura cakap dia pelakon terkenal..kalau ada anugerah untuk penipu paling popular dialah orangnya..nampaknya cik sakura tak perlu bersusah payah untuk beritahu dia tentang pertukaran kerja cik sakura nanti..tak rugi dan tak untung pun kalau cik sakura beritahu kan..jadi..teruskan menipu..ingat dah insaf tapi sayang belum lagi..lupa kan pernah cakap 'KUBUR MASING-MASING'..jadi teruskanlah menipu..memang sakit hati bila tahu ditipu tapi TUHAN itu maha adil bukan..setiap perbuatan akan dibalas dengan perbuatan..noktah..



-berat hati melangkah PERGI-


hari-hari terakhir sebelum cik sakura melangkah pergi..sayu pula rasa..kawan-kawan semua nak jumpa sebelum cik sakura berangkat ke tempat baru..mulakan hidup baru..jumpa dengan orang baru..kutip pengalaman baru dan cari memori baru pula untuk disimpan dan di abadikan dalam hati..tapi berapa kenangan pahit atau manis yang cik sakura akan perolehi..itu semua kuasa TUHAN..mungkin rezeki cik sakura di sana disamping mencari rezeki yang halal cik sakura juga dapat melupakan kenangan yang lepas..

cari orang baru bukan bermakna cari cinta baru ye kawan-kawan..jeng jeng jeng..siapa yang pernah baca luahan cik sakura disini mungkin tahu hati cik sakura macam mana..yang tak tahu tu cik sakura ucapkan selamat datang ke blog ini..tiada gosip artis yang ada hanya luahan hati kecil cik sakura sahaja dalam kehidupan seharian..jeng jeng jeng..mungkin banyak gambar kasut bertumit tinggi sebab cik sakura adalah pengumpul kasut tumit tinggi..sudah ada koleksi peribadi sendiri yang telah memeningkan kepala papa cik sakura..hehe..ada yang cik sakura pamerkan kasut sendiri dan ada juga cik sakura pamerkan gambar-gambar menarik kasut tumit tinggi yang telah di 'google' dan boleh cik sakura cari di pasaran..hah papa pening lagi..hehehe..

berat hati nak melangkah pergi tinggalkan mama papa sekali lagi..tapi disebabkan tanggungjawab yang telah diberi jadi cik sakura akan pikul sebaik mungkin..tapi tengok mama dan papa cik sakura macam berat hati je nak lepaskan cik sakura..dan mereka terpaksa gelengkan kepala lagi tengok cik sakura lebih banyak bawa kasut dari bawa baju..hehe..kasut je dah berkotak-kotak..belum lagi beg..bawa 3 beg besar je..mana la nak sumbat ye barang-barang tu..papa sewa kontena boleh tak..hehe..


-berpijak di BUMI yang nyata-


memang la kita berada di BUMI..apa la cik sakura ni..ke cik sakura tengah berada di planet pluto nun jauh di sana..tidak sama sekali..berpijak di bumi yang nyata bagi maksud cik sakura supaya kita sedar diri dan sedar ruang siapa diri kita ini..hah begitu..supaya nanti kita lebih kenal diri kita sendiri walaupun orang lain cakap 'aku kenal kau macam mana' atau ada diolag lain yang lebih kurang seangkatan dengan maksud yang sama..tapi betulkah ada orang lain lebih kenal kita berbanding diri kita sendiri..hah..cuba kita fikirkan..penat la cik sakura nak berfikir..perenggan seterusnya cik sakura..

ok..pernah tak orang suruh kita cermin diri kita..uiks..suka-suki je nak suruh orang cermin diri..sebelum nak suruh orang cermin diri apa kata cermin diri awak dulu..sebelum nak bandingkan orang lain apa kata lihat diri sendiri dulu..berapa banyak peratus baik dan berapa banyak peratus buruk..hah kalau diri tu dah sempurna sangat barulah suruh orang cermin-cerminkan diri..takut ada yang terlupa cermin diri sampai bersusah payah nak suruh orang lain cermin diri..akhirnya tembelang pecah sebab terlupa nak cermin diri dahulu..tak paham lagi..hah baca perenggan ketiga pula..

sedar la diri kita siapa..sedar seberapa kudrat kita..sedar seberapa kemampuan kita..memang elok kalau kita bersaing..tapi biarlah bersaing secara sihat..bersaing sambil memberi keuntungan kedua-dua belah pihak..bukan makan sorang..bersaing untuk kepentingan diri dan bukan makan sorang-sorang..bersaing untuk memajukan diri dan bukan untuk membanggakan diri..sebenarnya TUHAN itu maha adil..DIA beri apa yang patut kita miliki..dan kita patut mensyukuri apa yang telah kita miliki..berpijak la pada bumi yang nyata..jangan cuba menjadi orang lain..jadi diri sendiri..walaupun siapa pun kita kalau kita membawa kebaikkan orang akan menerima dengan senang hati..itu lebih baik bukan..


-ke LAUT semuanya..hmm-


hah jangan ingat cik sakura nak turun ke laut..cik sakura bukan nelayan nak pergi menangkap ikan..bukan tau..bukan juga kaki joran yang ingin memancing..pun bukan..dan bukan juga pergi mencandat sotong..eh musim mencandat sotong ada lagi ke..cik sakura pun tak tahu..adakah cik sakura memakai kasut tumit tinggi untuk berjalan di tepi pantai malam..owh tidak sama sekali..cik sakura berada di laut..tidak juga..sekarang cik sakurang berada di sebuah restoran makanan laut..jeng jeng jeng..

sempat lagi cik sakura menulis di blog kan..tulis ke..bukanlah..menaip..apa guna teknologi kalau tidak digunakan bukan..sekarang mood cik sakura ke laut..habis rosak mood cik sakura nak makan..memang sakit hati di buatnya..nak je sumbat udang galah ni dalam mulut dia..kepit-kepit mula dia dengan penyepit ketam ni..adoi rasa panas pula hati ni..dah merah macam ketam tu..berasap pula telinga..nasib tak keluar asap betul-betul macam naga..boleh terbakar kau tipah..haha..tipah juga yang disalahkan..

kenapa cik sakura mood ke laut..yelah masa makan tu makan la..nak bergurau pun mesti la kena pada tempat..jangan pula nak gurau kasar..bukan tak boleh bergurau tapi bila orang sekeliling dah mula tarik muka sendiri faham la..kan tengah syok menjamu selera jangan sampai terlebih selera sampai nak bagi orang makan hati pula..tipah-tipah..kenapa la wat lagu tu..tak baik tau..habis mati selera orang lain..kot ye pun nak bergurau berpada-pada la..tengok sekarang semua orang dah hilang selera nak makan..dan akhirnya cik sakura keluarkan notebook..balas komen-komen kawan-kawan blogger lagi bagus kan..

moral of the story: masa tengah makan jangan la ungkit benda-benda yang dah lepas dan boleh menyakitkan hati..walaupun bukan kena batang hidung kita tapi kawan-kawan mendengar tu rasa sakit telinga mendengarnya..hilang kegembiraan timbul rasa sakit hati..


-MESIN BASUH tengah cuti-


haha..boleh pulak mesin basuh bercuti ye..macam beraya je..haha..gelak sekali lagi..takde maknanya mesin basuh nak beraya..tapi kali ini cik sakura bagi mesin basuh dekat rumah ni berehat untuk sehari sahaja..ini bukan bermakna cik sakura tak basuh baju tau..hah bukan-bukan..hari ini cik sakura basuh baju pakai tangan..cuci dengan tangan je..baju kurung dan baju-baju lain yang tak boleh di basuh dengan mesin..adoi..bukan sepasang dua tapi lebih 10 pasang..banyaknya..

kenapa banyak sangat..haha..nak hantar dry cleaning pun nanti dulu..ada juga yang cik sakura kena hantar kedai dobi..tak boleh basuh tangan..nanti jatuh batu-batu mama..hehe..baju banyak sangat sebab dalam rumah ni ramai betul anak dara..ada anak dara dari 3 tahun sampai ke umur tetttt..hehe..hari ini kerja cik sakura membasuh baju-baju..pakai tangan ok..sekarang tengah tunggu kering lepas tu lipat atau yang sebahagian kasi gosok sampai licin..macam bibik pula cik sakura ni..mana bibik-bibik ku ini..hah kerja diorang kemas rumah dengan kemas dapur je..masak pun mama yang buat..masa lapang diorang tengok sinetron..gaji tetap jalan woo walaupun kerja mudah dan senang..haha..

rumah cik sakura penuh lagi..kakak cuti lama..cik sakura pun memang bercuti..jadi suasana raya masih meriah lagi walaupun duit raya cik sakura telah habis..tahun depan kena tambah lagi kot..bajet duit raya je dah berapa..dasyat betul budak-budak sekarang ye..tak main dah duit biru ni..hehe..cik sakura penat..nak berehat sekejap..tolong tengokkan kain cik sakura di jemuran ye..kalau hujan bagitahu tau..

'cik sakura angkat kain hujan..jemuran dah turun..hehe'


-menghitung HARI-


macam tajuk lagu KRIS DAYANTI pula..tapi cik sakura bukan nak nyanyi tau..memang sekarang tengah menghitung hari..menghitung hari untuk melangkah ke tempat kerja baru..macam-macam dalam fikiran cik sakura..macam mana la nanti keadaan dan orang-orang di sana..cik sakura berdoa agar perjalanan hidup cik sakura di sana nanti semuanya berjalan dengan lancar..insyaALLAH..makin lama makin takut pula rasa..berdebar pun ada juga..melihat beg-beg besar yang sudah keluar dari simpanan dan minta diisi pun sudah berat hati cik sakura memandang..apa lagi untuk melangkah pergi..sayunya hati ini..oppss..cukup cik sakura..jangan nak bermadah puisi dekat-dekat nak maghrib ni..

mama dan papa cik sakura puasa enam hari ini..jadi ini hari pertama mereka..cik sakura tak puasa ke..jeng jeng jeng..insyaALLAH akan menyusul nanti..ada orang pesan nak beribadat jangan tangguh-tangguh dan suka memberi alasan..tu pesanan seseorang untuk cik sakura..terima kasih memberi pesanan yang begitu berharga buat cik sakura..sampai sekarang cik sakura tak lupakan pesanan itu..terima kasih sekali lagi..

dah nak maghrib kot..apa lagi jom hidangkan juadah berbuka untuk mama papa cik sakura nak..tapi yang tak puasa ni la yang terlebih makan nanti..hehe..ye lah siapa lagi nak habiskan lauk pauk yang sedap.sedap tu..owh memang nafsu..tak elok diamalkan tau kawan.kawan..yang berpuasa tu cik sakura ucapkan selamat berbuka puasa..yang tak puasa tu hah tak reti-reti nak mandi ke apa ke..hehe..cik sakura gurau je..jangan marah..nanti tak comel dah..daaaa..


-mungkin CINTA hanya datang sekali-

CINTA..macam-macam orang boleh tafsirkan apa itu cinta..sangat subjektif..lain orang lain pengertian..lain orang lain caranya..lain orang lain juga rasanya..cinta itu adalah pelbagai..kadang-kadang cinta itu manis dan kadang-kadang cinta itu pahit..siap boleh rasa pahit manis..adakah cinta itu sejenis makanan..bukan..tapi itulah cinta..ada suka ada duka..adakah cinta itu orang..pun bukan juga..tengok dengan cinta kita boleh merasa dengan cinta pelbagai rasa akan kita dapat..dengan cinta macam-macam pengalaman akan kita tempuhi..siap berduri ranjau lagi..adakah cinta itu pokok berduri..pun bukan..cinta yang penuh dengan metafora..aduhai cinta..

petang-petang ni kenapa cik sakura mengarut pasal cinta..haha..cik sakura pun tak tahu kenapa..bercakap pasal jodoh pun cik sakura tak pandai..mungkin sudah tertulis perjalan hidup cik sakura saat ini belum dikurniakan seorang ADAM yang boleh membimbing cik sakura..atau mungkin saat ini cik sakura tak ingin bercinta..atau mungkin saat ini hati cik sakura telah tertutup..ya cinta cik sakura hanya datang sekali..namun yang datang sekali itu lah telah menghancurkan hati..owh..lupakan pasal hati..hati hancur tiada siapa yang mengetahui rasanya kecuali pada orang yang pernah merasa..

soalan cepu emas yang sukar untuk dijawab..mana mungkin kita menolak untuk kebahagiaan bukan..tapi bukan senang nak dapat kebahagiaan itu..yang cabang-cabang liku yang perlu kita tempuhi..orang mudah berkata-kata..yang bertanya mudah untuk menyoal namun yang ditanya hanya tunduk membisu..soalan yang ditanya akan menjadi tanda soal yang paling besar dalam diri..lupakan sahaja dulu pasal cinta mahu pun jodoh..insyaALLAH bila masanya akan tiba cik sakura pasti akan menjemput..cuma sekarang ianya akan terus menjadi tanda tanya..

bukan tak mahu bercinta..bukan niat untuk membenci dan bukan niat untuk berdendam..pengalaman mematangkan diri..kita bukan semakin muda..berdiri di atas kaki sendiri mengorak perjalan hidup..andai tersungkur segera bangun..andai bertemu kebahagian di hujung perjalanan itu adalah anugerah YANG MAHA ESA..cepat atau lambat bukan kita yang tentukan..cinta atau tidak biar ianya datang dengan seikhlas hati..andai tersalah tutur kata dan budi bicara ampun maaf di pinta..


-kau tetap dalam ANGANKU-

Sekilas ku teringat
Detik-detik yang lepas
Indahnya perkasihan
Semacam ku rasakan
Tak sanggup rasanya
Sesaat ditinggalkan

Dan seboleh-bolehnya
Ku ingin mengikutmu
Walau ke lurah dalam
Aku sanggup terluka
Demi kerana sayang
Apa jua kurela
Jiwa dan raga

Engkau saja yang sentiasa
Bermain di fikiran
Tiap masa dan ketika
Tak terlintas di hati ini
Untuk curang kepadamu
Oh kekasih

Aku berharap pendirian engkau juga
Sama-sama pertahankan kebahagiaan
Walau diacu belati tajam mengugutku
Cinta aku kasih aku tetap untukmu
Sampai ke mati
Hanya itu mampu ku beri

Tersentak lamunan
Bila diri ini disentuh
Oleh seseorang
Ku cuba damaikan
Hati yang kian berkocak
Agar perasaan sedihku ini
Tidak nampak

Di pusara ini
Ku sedia berdiri
Bersama doa-doa
Tak putus kuhulurkan
Itulah tanda kasih... kasih
Kasih yang sebenar

Wajah dan senyumanmu
Sentiasa kuangankan
Aduhai sayang oh...

p/s:saja layan lagu lama sambil bersiap untuk keluar..hmm..
 
 

-warkah raya untuk BLOGGER-

assalammualaikum..apa khabar semua kawan blogger cik sakura..semoga berada dalam keadaan sihat walfiat di samping keluarga tercinta..cik sakura di sini baik-baik sahaja..eh dah macam menulis surat pula..adoi..hehe..masih mood beraya ke kawan-kawan..dah lama cik sakura tak mencoret coretan di sini..mungkin masa sangat cemburu dengan cik sakura atau cik sakura sibuk melayan anak-anak buah atau cik sakura sedang asyik melayan juadah hari raya yang enak-enak belaka..habis diet cik sakura..

oh ya dikesempatan yang ada ini cik sakura ingin mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan cik sakura yang akan bertunang tak lama lagi dan akan melangsungkan perkahwinan juga tak lama lagi..bertunan dan berkahwin di bulan syawal..meriah tu..sambil beraya sambil menyambut bulan kemerdekaan sambil meraikan pasangan yang akan mengikat perhubungan mereka..insyaALLAH..cik sakura doakan semoga perhubungan dan ikatan perkahwinan mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat..soalan bonus sedang menanti cik sakura..jeng jeng jeng..macam biasa la..soalan bila nak kahwin kan..lalala..

sekarang cik sakura tengah menghitung hari..bukan hitung hari untuk bertunang..bukan juga untuk berkahwin..tapi menghitung hari untuk melangkah ke tempat kerja baru..macam-macam perasaan ada..takut ada gementar ada semua ada..makin lama makin gementar pula..rumah sewa pun cik sakura tak cari lagi..barang-barang pun cik sakura tak kemas lagi..jangan kata barang tak kemas borang pun tak habis isi lagi..semua tak siap..dalam minggu ini cik sakura kena selesaikan juga..nanti kelam kabut pula jadinya..

kawan-kawan apa cerita..banyak dapat duit raya..atau banyak keluar duit raya..hehe..cik sakura dapat duit raya juga..hehe..dah tua pun masih dapat lagi tau..eh tua ke..belum tua lagi cuma telah meningkat dewasa..haha..tak nak ngaku tua tu..apa-apa pun kena sedar diri yang diri ini bukan di zaman sekolah mahu pun di zaman universiti lagi..owh sebut pasal universiti, cik sakura dah dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran..namun cik sakura terpaksa tolak sebab jarak univerisiti dan tempat kerja baru yang agak jauh..dulu cik sakura mohon pengajian sepenuh masa..mungkin lepas ini cik sakura nak mohon sekali lagi untuk buat PJJ..terlepas lagi peluang nak sambung master..hmmm

ok kawan-kawan..semoga kita berjumpa lagi..perut cik sakura dah lapar minta di isi..hehe..jumpa lagi..


-SAYANG macam pokok-

sayang dari hati..walaupun hati kecil namun sayang itu akan terus subur dan subur dan subur sehingga sayang itu mula berkekalan..sayang tu macam pokok kan..mula-mula kecil lama ke lamaan pokok itu akan terus besar dan besar dan besar..dari ranting menjadi dahan dan terus berpacak di bumi bersama teguhnya akar..macam tu la sayang..makin lama sayang makin terus kekal buat selamanya..tapi pokok boleh mati kalau diracun..macam tu dengan sayang..sayang boleh mati bila hati dah hancur..sayang boleh musnah bila telah dinodai..sayang akan pudar dan terus hilang bila mula hadir noda-noda hitam..jadi sayanglah selagi masih ada..sayanglah yang ada pada kita bukan yang belum ada dengan kita..yang apa yang telah kita capai bukan sayang pada benda yang belum tercapai dek akal..

p/s: cik sakura belum berkasih sayang lagi..sekadar berkongsi rasa di petang raya..masih mood raya ke..jom makan ketupat palas..