- PELAMIN angan cik sakura musnah-

susah nak cakap..tapi tu lah hakikat..nak tak nak cik sakura terpaksa cakap juga..walaupun berat tapi apakan daya ini semua suratan takdir dan cik sakura sendiri tak dapat melawan takdir..ye barang kali semua orang  telah pun mengetahui..owh kenapa ini harus terjadi pada cik sakura..mungkin dulu cik sakura belum bersedia dan cik sakura terpaksa merelakan tapi kini ianya terjadi kembali..dan tak mungkin masa dapat diundurkan..berat rasa cik sakura nak meluahkan di sini..namun kepada bekas kekasih ku tiada apa yang mampu diri ini ucapkan..hanya sekadar ucapan SELAMAT PENGANTIN BARU..owh tidak..


p/s: perasan sudah..yusry dah kahwin dua kali cik sakura sekali pun belum..ahakz..



-dah semakin NAZAK-

uiks..apa nazak-nazak ni..tak baik tau..bila sebut perkataan NAZAK dah macam tiada harapan lagi je..tapi ini semua ketentuan Ilahi..dari DIA kita datang dan kepada DIA kita akan dikembalikan..hidup ini hanya pinjaman sementara..tiada yang hakiki..sedangkan pokok yang kuat dan besar boleh tumbang ke tanah ini kan pula kita manusia..tidak kira berapa lama kita hidup andai sudah sampai masanya ianya akan tetap juga sampai..maka tumbanglah kita dari pandangan muka bumi..

tapi cik sakura bukan nak bercerita mengenai soal kematian..nak cerita soal JODOH..opps..bila ada orang dah cakap cik sakura semakin nazak terkedu jagak lidah ni..hello cik sakura belum lagi 28 tahun ye..ada lagi beberapa tahun untuk sampai ke angka itu..jadi dah nazak sangat ke kalau sekarang masih belum berumahtangga..(eh cik sakura ada rumah yang siap tangga tau..boleh kira pakai tak..opss..)

kat pejabat cik sakura ni majoriti yang dah kahwin..rasanya 90% dah kahwin..maklum la duduk ibu pejabat..yang muda-muda duduk daerah..tapi kat sini perempuan kebanyakkan makcik-makcik..yang anak dara boleh di kira dengan jari..(termasuk cik sakura)..hah..bila tak kahwin tu faham-faham je lar apa lelaki-lelaki yang semakin meniti usia akan berkata-kata..minyak semua dah keluar walaupun dah cukup pakai minyak rambut..ada yang pakai minyak wangi dan minyak segala minyak..opss..tapi cik sakura tak ambil peduli kata-kata itu..owh lelaki bila gula dalam mulut kalian nak habis ya..

tapi dah nazak sangat ke..belum lagi kot..belum seru lagi lar..nanti kalau cik sakura kahwin cik sakura akan buat satu persidangan macam YUSRY & LISA SURIHANI (betul ke eja..perasan dah..)tapi rasanya belum nampak lagi..bayang-bayang pun tak ada lagi..jadi jom sibukkan diri dengan kerja..belum nazak kot kalau belum berkahwin di waktu ini..kahwin untuk kemahuan atau keinginan atau kena hukum alam..wajib kahwin pada usia sekarang..hmmm..kenapa cik sakura tak pernah fikir pasal kahwin ye sekarang..musykil2..

p/s: kalo kahwin ada sape2 nak sponsor gaun pengantin VERA WANG untuk cik sakura tak..ahaks..


-nak minta CIUM boleh-


ada yang kena lempang juga pagi-pagi ni..pagi-pagi dah minta dicium..apa ingat keja cik sakura cium orang pagi-pagi ke..ni berapa kali cik sakura nak sebut CIUM ni..nanti betul-betul kena baru tahu..percuma saja..wekk..merah sangat ke bibir cik sakura..rasanya macam biasa je..tak la merah mak ngah sangat..nampak macam biasa je..warna delima mana nak merah sangat..betul tak kawan-kawan..bukan merah menyala pun bibir cik sakura ni..

ee..bila turun kereta dan terserempak dengan orang pejabat yang masih bujang tiga kononnya macam-macam perangai keluar..hah..kawan-kawan faham tak maksud bujang tiga tu..bukan bujang senang ye..maksud bujang tiga tu bererti mereka yang sudah beristeri seorang dan masih mempunyai tiga kekosongan..jadi bila di pejabat mula la kegiatan menabur minyak mereka lagi-lagi yang belum kahwin ni..ish-ish..

apa-apa pun selamat semua..lama betul cik sakura tak mencoret kata-kata di sini ye..ok cik sakura nak mulakan tugas..bukan tugas kerja pun tapi tugas baca surut khabar..heee..